Wednesday, 3 February 2016

Pengeluaran KWSP Akaun 2 Untuk Bayaran Tunggakan Rumah


Adakah anda mempunyai masalah dengan bayaran bulanan pinjaman rumah anda? Kadang kala sesetengah orang mempunyai kemampuan untuk membayar ansuran pinjaman rumah. Akan tetapi di sebabkan atas sebab sebab yang tertentu, mereka menangguh bayaran pinjaman rumah mereka. Tetapi malang tidak berbau, bayaran bulanan untuk bulan seterusnya tidak dapat juga dilakukan. Maka terjadilah tunggakkan yang berturut turut. Di sini, mungkin ramai yang tidak tahu, yang mereka boleh membuat pengeluaran kwsp akaun 2 untuk membayar tunggakkan rumah mereka. 

Tahukah anda?
Tahukah anda, yang anda sebenarnya boleh membuat pengeluaran kwsp akaun 2 untuk menjelaskan baki tunggakkan pinjaman rumah yang anda hadapi. Tetapi sebelum itu izinkan saya untuk menyampaikan sedikit nasihat sebelum anda sampai kepada tindakkan akhir ini. Kepada pemilik rumah yang membuat loan rumah dan gagal membayar ansuran bulanan selalunya akan mengadapi keadaan di mana pihak bank akan membuat panggilan telefon ke rumah.



Contoh Bentuk Surat Borang Bank Untuk Pengeluaran KWSP Akaun 2

Pengeluaran KWSP Akaun 2 Untuk Rumah
Nasihat saya, sila angkat telefon walaupun anda tidak “rela”. Pihak bank bukanlah hendak marah kepada anda melainkan hanya ingin memaklumkan kepada anda untuk menjelaskan segera tunggakkan ansuran rumah anda. Katakan kepada pegawai bank yang menelefon anda yang anda hanya boleh menjelaskan bayaran pada sekian sekian waktu yang terlewat walaupun pada hakikatnya anda mungkin bakal membayar lebih lewat daripada itu.
Kepada anda yang telah tertunggak bayaran pinjaman rumah anda selama 3-4 bulan dan selama itu pihak bank gagal untuk menelefon anda untuk berbincang. Maka anda KEMUNGKINAN BESAR akan menerima surat daripada PEGUAM yang menyatakan anda perlu membayar TUNGGAKKAN termasuk DENDA untuk tempoh tertentu. Dan jika anda gagal membayar di dalam tempoh tertentu, rumah anda bakal di LELONG. Mahukah anda ianya menjadi begitu. Maka menjawab panggilan telefon pihak bank adalah lebih baik berbanding anda menerima surat daripada peguam.
Dan jika tiada jalan lain bagi mempercepat pembayaran tunggakkan rumah anda, di nasihatkan anda untuk membuat pengeluaran kwsp akaun 2 untuk melunaskan tunggakkan pinjaman rumah anda. Bagaimana untuk melakukannya dan apakah prosesnya.

Proses Pengeluaran KWSP Akaun 2
  • 1. Jumpa pihak bank tempat anda membuat pinjaman rumah dan nyatakan anda ingin mendapatkan borang untuk membuat pengeluaran kwsp akaun 2 untuk membayar pinjaman rumah anda
  • 2. Pihak bank akan memberikan anda surat atau borang yang akan mempunyai maklumat tentang jumlah tunggakkan pinjaman rumah anda yang akan menjadi bukti kepada pihak KWSP untuk membenarkan anda membuat pengeluaran kwsp pada akaun 2
  • 3. Bawa surat atau borang dari pihak bank dan pergi ke pejabat KWSP dan nyatakan anda mahu membuat pengeluaran kwsp akaun 2 untuk menjelaskan baki tunggakkan rumah anda
  • 4. Pihak KWSP akan menilai jumlah tunggakkan rumah anda dan melihat jumlah baki akaun 2 anda
  • 5. Pengeluaran wang KWSP boleh dilakukan dengan pindah dari KWSP kepada akaun bank simpanan anda yang mana anda perlu membayar sendiri secara manual kepada pihak bank atau terus dipindah masuk ke dalam akaun pinjaman rumah anda. Nasihat saya, anda perlu memilih untuk terus memindahkan wang dari kwsp kepada akaun pinjaman rumah anda.
  • 6. Jika berjaya, proses akan memakan masa 1-2 minggu untuk urusan perpindahan wang kwsp akaun 2 kepada akaun pinjaman rumah anda. Selesai.

Sebenarnya proses untuk pengeluaran kwsp akaun 2 untuk membayar rumah tidaklah begitu rumit. Ianya adalah pilihan bagi pembeli rumah yang mempunyai masalah sebegini bagi menyelesaikan tunggakkan rumah oleh KWSP. Sebenarnya ada individu yang membuat pengeluaran kwsp akaun 2 untuk setiap 6 bulan sekali untuk membayar pinjaman rumah mereka untuk mengurangkan bebanan walaupun tidak menghadapi tunggakkan. Ini boleh di lakukan tetapi wang simpanan KWSP anda akan menjadi lambat naik untuk simpanan masa bersara anda. Ada pro dan kontra. Saya harap artikel ini sedikit sebanyak membantu anda yang menghadapi masalah bayaran rumah anda. Selamat mencuba.

c/p:  http://myrujukan.com/pengeluaran-kwsp-akaun-2-untuk-bayaran-tunggakan-rumah/
========================================================================

Jika anda, keluarga atau jiran anda mempunyai masalah rumah akan dilelong...Jangan risau kami boleh bantu hentikan...


HUBUNGI KAMI SEGERA!

HP: 012-428 2246
Email: stopauctionforeclosure@gmail.com

https://www.facebook.com/Malaysia-Real-Estate-AuctionBidding-Club-372519639552049/
https://www.instagram.com/malaysiabidders_assc/
https://pembidapembidamalaysia.wordpress.com/
========================================================================


1 comment:

  1. kalau nak rumah landed yang murah , nak senang lulus , korang semak je kelayakkan di benahous.com . sy yang gaji 3 ribu pun senang je nk lulus berbanding kawan saya yang gaji 10 ribu . sebab dengan benahous ni diorng akan guide dari A- z tau cara nak dapatkan rumah mampu milik dengan mudah. so tayah pening2 dah

    Tekan sini untuk semak kelayakkan percuma 👉 https://www.benahous.com/

    ReplyDelete